Tarikh Tutup Permohonan Biasiswa MARA
MARA menawarkan pinjaman pelajaran bagi pelajar cemerlang lepasan SPM 2018 untuk mengikuti Program Pembangunan Bakat Muda (YTP) bermula di peringkat persediaan hingga ke peringkat ijazah pertama di institusi terpilih. Permohonan secara atas talian akan mula dibuka pada 15 Mac 2019 pukul 10:00 pagi sehingga 22 Mac 2019 pukul 4:00 petang
Pinjaman MARA Program YTP 2019 untuk Lepasan SPM 2018 – Tawaran Pinjaman MARA Permohonan Program Young Talent Development Programme (YTP) untuk Lepasan SPM 2018 kini dibuka.
SYARAT KELAYAKAN
Pemohon dinasihatkan untuk menyemak syarat kelayakan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan. Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan untuk ditawarkan dalam Program YTP.
SYARAT UMUM
- Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berstatus Bumiputera dan Warganegara Malaysia.
- Ibu, bapa, penjaga, penjamin serta pelajar TIDAK DISENARAI HITAM atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA.
- Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian pada peringkat yang sama.
- Lulus pemeriksaan kesihatan.
- Keutamaan diberi kepada Pelajar Cemerlang dari golongan keluarga yang berpendapatan rendah (B40).
SYARAT KHUSUS
- Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat kali pertama pada tahun 2018.
- Memenuhi SYARAT KELAYAKAN PROGRAM seperti yang diiklankan.
BENTUK TAJAAN
Tajaan pinjaman pelajaran di peringkat persediaan merangkumi Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup serta Elaun Pengangkutan. Elaun Pengangkutan (pergi & balik) hanya akan dibayar kepada pelajar Semenanjung yang mendapat tawaran pengajian di Sabah / Sarawak atau pelajar Sabah / Sarawak yang mendapat tawaran pengajian di Semenanjung.
KAEDAH PERMOHONAN
- Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman web rasmi MARA http://www.mara.gov.my apabila permohonan dibuka.
- Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baharu sebelum mengisi permohonan.
- Pemohon perlu mencetak slip pengesahan permohonan setelah selesai membuat permohonan untuk tujuan rujukan.
- Pemohon juga dinasihatkan membaca dan memahami garis panduan yang disediakan sebelum membuat permohonan.
1. KOLEJ MARA BANTING (KMB)
PROGRAM |
KOD PROGRAM |
SYARAT KELAYAKAN |
MAKLUMAT PENGAJIAN |
PROGRAM IB SAINS (KECUALI PERUBATAN, PERGIGIAN & FARMASI) |
MARA0101_2019 |
Mendapat sekurang-kurangnya Gred A dalam LAPAN (8) subjek berikut:
1) Bahasa Melayu; 2) Bahasa Inggeris; 3) Matematik; 4) Matematik Tambahan; 5) Biologi; 6) Fizik; 7) Kimia; 8) Satu (1) subjek lain |
Pelajar akan mengikuti Program International Baccalaureate (IB) selama dua(2) tahun di Kolej MARA Banting (KMB) dan pelajar berpeluang menyambung pengajian ke Ijazah Sarjana Muda di universiti terpilih dalam bidang pengajian seperti berikut :
1) Biological Science 2) Veterinary Science 3) Agriculture Science 4) Biochemistry 5) Biomedical Science 6) Astronomy 7) Chemistry 8) Geophysics 9) Geology 10) Physics 11) Mathematics 12) Computer Science 13) Data Anylisis and Science 14) Marine Science 15) Actuarial Science 16) Nutrition/Food Science 17) Dietetics 18) Forensics 19) Biotechnology 20) Speech Pathology 21) Psychology |
PROGRAM A-LEVEL SAINS IKHTISAS |
MARA0102_2019 |
Mendapat sekurang-kurangnya Gred A dalam LAPAN (8) subjek berikut:
1) Bahasa Melayu; 2) Bahasa Inggeris; 3) Matematik; 4) Matematik Tambahan; 5) Empat (4) subjek lain |
Pelajar akan mengikuti Program A-Level selama dua (2) tahun di Kolej MARA Banting (KMB) dan pelajar berpeluang menyambung pengajian ke Ijazah Sarjana Muda di universiti terpilih dalam bidang pengajian seperti berikut:
1) Forensic Accounting 2) Actuarial Science 3) Economics 4) Finance |
PROGRAM A-LEVEL KEJURUTERAAN |
MARA0103_2019 |
Mendapat sekurang-kurangnya Gred A dalam LAPAN (8) subjek berikut:
1) Bahasa Melayu; 2) Bahasa Inggeris; 3) Matematik; 4) Matematik Tambahan; 5) Fizik; 6) Kimia; 7) Dua (2) subjek lain |
Pelajar akan mengikuti Program A-Level selama dua (2) tahundi Kolej MARA Banting (KMB) dan pelajar berpeluang menyambung pengajian ke Ijazah Sarjana Muda di universiti terpilih dalam bidang pengajian seperti berikut:
1) Aerospace Engineering 2) Chemical Engineering 3) Computer Science and Engineering 4) Electrical Engineering 5) Mechanical Engineering 6) Biomedical Engineering 7) Biomedical Sciences and Engineering Track 8) Environmental Science and Engineering |
2. KOLEJ MARA SEREMBAN (KMS)
PROGRAM |
KOD PROGRAM |
SYARAT KELAYAKAN |
MAKLUMAT PENGAJIAN |
PRORAM PRA-UTM |
MARA0201_2019 |
Mendapat sekurang-kurangnya Gred A dalam TUJUH (7) subjek berikut:
1) Bahasa Melayu; 2) Bahasa Inggeris; 3) Matematik; 4) Matematik Tambahan; 5) Fizik; 6) Kimia; 7) Satu (1) subjek lain |
Pelajar akan mengikuti Program Persediaan Sains selama satu (1) tahun di Kolej MARA Seremban(KMS) dan pelajar berpeluang menyambung pengajian ke Ijazah Sarjana Mudadi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam bidang pengajian seperti berikut :
1) Civil Engineering 2) Nuclear 3) Mechanical-Automotive 4) Electrical-Mechatronic 5) Engineering Technology 6) Architecture 7) Quantity Surveying 8) Industrial Physics 9) Industrial Chemistry 10) Mathematics 11) Geoinformatics |
3. KOLEJ MARA KUALA NERANG (KMKN)
PROGRAM |
KOD PROGRAM |
SYARAT KELAYAKAN |
MAKLUMAT PENGAJIAN |
PROGRAM PRA-UniKL (SAINS) |
MARA0301_2019 |
Mendapat sekurang-kurangnya Gred A dalam TUJUH (7) subjek berikut:
1) Bahasa Melayu; 2) Bahasa Inggeris; 3) Matematik; 4) Matematik Tambahan; 5) Biologi; 6) Fizik; 7) Kimia |
Pelajar akan mengikuti Program Persediaan Sains selama satu (1) tahun di Kolej MARA Kuala Nerang (KMKN) dan pelajar berpeluang menyambung pengajian ke Ijazah Sarjana Muda di Royal College of Medicine Perak (RCMP UniKL) dalam bidang pengajian seperti berikut:
1) Perubatan 2) Farmasi |
PROGRAM PRA-UniKL (KEJURUTERAAN) |
MARA0302_2019 |
Mendapat sekurang-kurangnya Gred A dalam TUJUH (7) subjek berikut:
1) Bahasa Melayu; 2) Bahasa Inggeris; 3) Matematik; 4) Matematik Tambahan; 5) Fizik; 6) Kimia; 7) Satu (1) subjek lain |
Pelajar akan mengikuti Program Persediaan Kejuruteraan selama satu (1) tahun di Kolej MARA Kuala Nerang (KMKN) dan pelajar berpeluang menyambung pengajian ke Ijazah Sarjana Muda di Universiti Kuala Lumpur dalam bidang pengajian seperti berikut:
1) Aviation 2) Naval Architecture & Shipbuilding 3) Maritime Operation 4) Electrical 5) Mechanical 6) Chemical |
4. KOLEJ MARA KULIM (KMK)
PROGRAM |
KOD PROGRAM |
SYARAT KELAYAKAN |
MAKLUMAT PENGAJIAN |
PROGRAM PRA-USM |
MARA0401_2019 |
Mendapat sekurang-kurangnya Gred A dalam TUJUH (7) subjek berikut:
1) Bahasa Melayu; 2) Bahasa Inggeris; 3) Matematik; 4) Matematik Tambahan; 5) Biologi; 6) Fizik; 7) Kimia |
Pelajar akan mengikuti Program Persediaan Sains selama satu (1) tahun di Kolej MARA Kulim (KMK) dan pelajar berpeluang menyambung pengajian ke Ijazah Sarjana Muda di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang pengajian seperti berikut :
1) Bioperubatan 2) Dietetik 3) Farmasi 4) Pergigian 5) Perubatan 6) Sains Kesihatan 7) Sains Fizik 8) Sains Forensik 9) Kejuruteraan 10) Seni bina |
5. GERMAN MALAYSIAN INSTITUTE (GMI)
PROGRAM |
KOD PROGRAM |
SYARAT KELAYAKAN |
MAKLUMAT PENGAJIAN |
PROGRAM A-LEVEL KEJURUTERAAN : GERMANY |
MARA0501_2019 |
Mendapat sekurang-kurangnya Gred A dalam LAPAN (8) subjek berikut:
1) Bahasa Melayu; 2) Bahasa Inggeris; 3) Matematik; 4) Matematik Tambahan; 5) Fizik; 6) Kimia; 7) Dua (2) subjek lain |
Pelajar akanm engikuti Program A-Level selama satu (1) tahun sepuluh (10) bulan di German Malaysian Institute (GMI) dan pelajar berpeluang menyambung pengajian ke Ijazah Sarjana Muda di universiti terpilih di Jerman dalam bidang pengajian seperti berikut:
1) Automotive and commercial vehicle 2) Mechatronic 3) Oil & Gas 4) Automation and Robotics 5) Railway Engineering 6) Marine engineering |
6. MALAYSIAN INSTITUTE OF INFORMATION TECHNOLOGY (UniKL MIIT)
PROGRAM |
KOD PROGRAM |
SYARAT KELAYAKAN |
MAKLUMAT PENGAJIAN |
PROGRAM PRE-KOREA |
MARA0601_2019 |
Mendapat sekurang-kurangnya Gred A dalam LAPAN (8) subjek berikut:
1) Bahasa Melayu; 2) Bahasa Inggeris; 3) Matematik; 4) Matematik Tambahan; 5) Fizik; 6) Kimia; 7) Dua (2) subjek lain |
Pelajar akan mengikuti Program Persediaan selama satu (1) tahun Enam (6) bulan di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Information Technology (UniKL MIIT) dan pelajar berpeluang menyambung pengajian ke Ijazah Sarjana Muda di universiti terpilih di Korea dalam bidang pengajian seperti berikut :
1) Chemical Engineering & Material Science 2) Mechanical 3) Electronic & Communication 4) Computer Science & Engineering 5) Animation |
7. MALAYSIAN SPANISH INSTITUTE (UniKL MSI)
PROGRAM |
KOD PROGRAM |
SYARAT KELAYAKAN |
MAKLUMAT PENGAJIAN |
PROGRAM PRE-SPAIN |
MARA0701_2019 |
Mendapat sekurang-kurangnya Gred A dalam LAPAN (8) subjek berikut:
1) Bahasa Melayu; 2) Bahasa Inggeris; 3) Matematik; 4) Matematik Tambahan; 5) Fizik; 6) Kimia; 7) Dua (2) subjek lain |
Pelajar akan mengikuti Program Persediaan selama dua (2) tahun di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute (UniKL MSI) dan pelajar berpeluang menyambung pengajian ke Ijazah Sarjana Muda di universiti terpilih di Sepanyol dalam bidang pengajian seperti berikut:
1) Mechatronic 2) Chemical 3) Mechanical 4) Electrical & Electronic 5) Industrial |
8. MALAYSIAN INSTITUTE OF AVIATION TECHNOLOGY (UniKL MIAT)
PROGRAM |
KOD PROGRAM |
SYARAT KELAYAKAN |
MAKLUMAT PENGAJIAN |
PROGRAM PRE-RUSSIA |
MARA0801_2019 |
Mendapat sekurang-kurangnya Gred A dalam LAPAN (8) subjek berikut:
1) Bahasa Melayu; 2) Bahasa Inggeris; 3) Matematik; 4) Matematik Tambahan; 5) Fizik; 6) Kimia; 7) Dua (2) subjek lain |
Pelajar akan mengikuti Program Persediaan selama satu (1) tahun di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT) dan pelajar berpeluang menyambung pengajian ke Ijazah Sarjana di universiti terpilih di Rusia dalam bidang pengajian seperti berikut :
1) Aviation 2) Marine (Oil & Gas) 3) Aerospace 4) Mechatronic & Robotic 5) Nuclear |
9. MALAYSIAN FRANCE INSTITUTE (UniKL MFI)
PROGRAM |
KOD PROGRAM |
SYARAT KELAYAKAN |
MAKLUMAT PENGAJIAN |
PROGRAM PRE-FRANCE |
MARA0901_2019 |
Mendapat sekurang-kurangnya Gred A dalam LAPAN (8) subjek berikut:
1) Bahasa Melayu; 2) Bahasa Inggeris; 3) Matematik; 4) Matematik Tambahan; 5) Fizik; 6) Kimia; 7) Dua (2) subjek lain |
Pelajar akan mengikuti Program Persediaan selama satu (1) tahun satu (1) bulan di Universiti Kuala Lumpur Malaysian France Institute (UniKL MFI) dan pelajar berpeluang menyambung pengajian ke Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan di universiti terpilih di Perancis dalam bidang pengajian seperti berikut: 1) Chemical & Process 2) Mechanical & Production 3) Network & Telecommunication 4) Electrical & Industry Computation |
10. KOLEJ PROFESIONAL MARA AYER MOLEK (KPM AM)
PROGRAM |
KOD PROGRAM |
SYARAT KELAYAKAN |
MAKLUMAT PENGAJIAN |
PROGRAM CERTIFIED ACCOUNTING TECHNICIAN (CAT) |
MARA1001_2019 |
Mendapat sekurang-kurangnya Gred A dalam TUJUH (7) subjek berikut:
1) Bahasa Melayu; 2) Bahasa Inggeris; 3) Matematik; 4) Empat (4) subjek lain
Dan mendapat Sekurang-kurangnya Gred B dalam subjek berikut:
1) Matematik Tambahan |
Pelajar akan mengikuti Program Certified Accounting Technician (CAT) selama satu (1) tahun hingga satu (1) tahun enam (6) bulan di Kolej Profesional MARA Ayer Molek (KPMAM) dan pelajar berpeluang menyambung pengajian ke Peringkat Professional Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) di Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur (KUPTMKL). |
11. KOLEJ PROFESIONAL MARA BERANANG (KPM BERANANG)
PROGRAM |
KOD PROGRAM |
SYARAT KELAYAKAN |
MAKLUMAT PENGAJIAN |
PROGRAM CERTIFICATE IN FINANCE, ACCOUNTING AND BUSINESS (ICAEW-CFAB) |
MARA1101_2019 |
Mendapat sekurang-kurangnya Gred A dalam TUJUH (7) subjek berikut:
1) Bahasa Melayu; 2) Bahasa Inggeris; 3) Matematik; 4) Matematik Tambahan; 5) Tiga (3) subjek lain |
Pelajar akan mengikuti Program Certificate in Finance, Accounting and Business (ICAEW-CFAB) selama satu (1) tahun enam (6) bulan di Kolej Profesional MARA Beranang (KPM Beranang) dan pelajar berpeluang menyambung pengajian ke Peringkat Professional ICAEW di Universiti terkemuka di dalam negara. |
12. INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY (IMU)
PROGRAM |
KOD PROGRAM |
SYARAT KELAYAKAN |
MAKLUMAT PENGAJIAN |
PROGRAM PRA-IMU (PERUBATAN) |
MARA1201_2019 |
Mendapat sekurang-kurangnya Gred A dalam TUJUH (7) subjek berikut:
1) Bahasa Melayu; 2) Bahasa Inggeris; 3) Matematik; 4) Matematik Tambahan; 5) Biologi; 6) Fizik; 7) Kimia |
Pelajar akan mengikuti Program Persediaan Sains selama satu (1) tahun dan pelajar berpeluang menyambung pengajian ke Ijazah Sarjana Muda di International Medical University (IMU) dalam bidang pengajian seperti berikut:
1) Perubatan |
PROGRAM PRA-IMU (PERGIGIAN) |
MARA1202_2019 |
Mendapat sekurang-kurangnya Gred A dalam TUJUH (7) subjek berikut:
1) Bahasa Melayu; 2) Bahasa Inggeris; 3) Matematik; 4) Matematik Tambahan; 5) Biologi; 6) Fizik; 7) Kimia |
Pelajarakan mengikuti Program Persediaan Sains selama satu (1) tahun dan pelajar berpeluang menyambung pengajian ke Ijazah Sarjana Muda di International Medical University (IMU) dalam bidang pengajian seperti berikut:
1) Pergigian |
13. CYBERJAYA UNIVERSITY COLLEGE OF MEDICAL SCIENCES (CUCMS)
PROGRAM |
KOD PROGRAM |
SYARAT KELAYAKAN |
MAKLUMAT PENGAJIAN |
PROGRAM PRA-CUCMS (PERUBATAN) |
MARA1301_2019 |
Mendapat sekurang-kurangnya Gred A dalam TUJUH (7) subjek berikut:
1) Bahasa Melayu; 2) Bahasa Inggeris; 3) Matematik; 4) Matematik Tambahan; 5) Biologi; 6) Fizik; 7) Kimia |
Pelajarakan mengikuti Program Persediaan Sains selama satu (1) tahun dan pelajar berpeluang menyambung pengajian ke Ijazah Sarjana Muda di Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS) dalam bidang pengajian seperti berikut:
1) Perubatan |
PROGRAM PRA-CUCMS (FARMASI) |
MARA1302_2019 |
Mendapat sekurang-kurangnya Gred A dalam TUJUH (7) subjek berikut:
1) Bahasa Melayu; 2) Bahasa Inggeris; 3) Matematik; 4) Matematik Tambahan; 5) Biologi; 6) Fizik; 7) Kimia |
Pelajar akan mengikuti Program Persediaan Sains selama satu (1) tahun dan pelajar berpeluang menyambung pengajian ke Ijazah Sarjana Muda di Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS) dalam bidang pengajian seperti berikut:
1) Farmasi |
14. SEGI UNIVERSITY
PROGRAM |
KOD PROGRAM |
SYARAT KELAYAKAN |
MAKLUMAT PENGAJIAN |
PROGRAM PRA-SEGI UNIVERSITY (OPTOMETRY) |
MARA1401_2019 |
Mendapat sekurang-kurangnya Gred A dalam TUJUH (7) subjek berikut:
1) Bahasa Melayu; 2) Bahasa Inggeris; 3) Matematik; 4) Matematik Tambahan; 5) Biologi; 6) Fizik; 7) Kimia |
Pelajar akan mengikuti Program Persediaan Sains selama satu (1) tahun dan pelajar berpeluang menyambung pengajian ke Ijazah Sarjana Muda di Segi University dalam bidang pengajian seperti berikut:
1) Optometry |
HUBUNGI
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi talian seperti berikut:-
Telefon : 03-261 32487 / 32108 / 32099 / 32098
Email : [email protected]
Facebook : Postspmmara
► Read more on
Biasiswa MARA Scholarship (Pinjaman Boleh Ubah) Untuk Lepasan SPM 2018