Tak kenal maka tak cinta. Jom Kenali Universiti Awam (UA) Malaysia.
UIAM - UiTM - UKM - UM - UMK - UMP - UMS - UMT - UniMAP - UNIMAS - UniSZA - UPM - UPNM - UPSI - USIM - USM - UTeM - UTHM - UTM - UUM

Sunday, March 17, 2019

Biasiswa JPA Scholarship National Sponsorship Program 2019

Biasiswa JPA Program Penajaan Nasional 2019

Tarikh Tutup Permohonan Biasiswa JPA

Permohonan online bagi Program Penajaan Nasional Tahun 2019 mula dibuka pada 15 Mac 2019 (Jumaat) jam 5.00 petang sehingga 21 Mac 2019 jam 5.00 petang.

Biasiswa JPA Program Penajaan Nasional 2019

Program Penajaan Nasional (PPN) tahun 2019 merupakan penajaan kepada 20 orang pelajar paling cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2018 untuk melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka dunia.

Calon-calon yang terpilih akan ditawarkan penajaan secara pinjaman boleh ubah (PBU) bagi mengikuti pengajian peringkat persediaan sehingga ke peringkat ijazah pertama tertakluk kepada syarat- syarat yang ditetapkan dan pengiktirafan bidang pilihan di Universiti terbaik dunia di USA dan di UK seperti yang disenaraikan dalam QS World University Rankings dan / atau THE World University Rankings.

Peringkat Pengajian

Kursus Persediaan Ijazah Pertama
Pelajar-pelajar akan mengikuti kursus persediaan di Kolej Yayasan UEM (KYUEM). Pelajar-pelajar akan ditaja untuk mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama di Universiti terbaik dunia di USA dan di UK seperti yang disenaraikan dalam QS World University Rankings dan / atau THE World University Rankings.
Senarai bidang dan universiti adalah seperti di LAMPIRAN A.
Sekiranya pelajar menamatkan kursus persediaan dan melepasi cut-off point (COP) yang ditetapkan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama namun tidak mendapat tempat di 10 universiti terbaik dunia di US dan 10 universiti terbaik dunia di UK seperti yang disenaraikan di LAMPIRAN A (QS World University Rankings dan / atau THE World University Rankings), pelajar akan ditamatkan dari program PPN dan diserap masuk ke program dalam negara.

Pelajar hanya ditaja untuk mengikuti pengajian di universiti di dalam negara tertakluk kepada pelajar mendapat tempat pengajian di institusi pengajian dalam negara yang ditetapkan Kerajaan dan melepasi syarat-syarat akademik.

Syarat Penajaan Biasiswa JPA

Syarat Umum
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Mempunyai kesihatan yang baik;
  3. Tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA; dan
  4. Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama.
  5. Menduduki peperiksaan SPM tahun 2018 kali pertama di mana-mana sekolah menengah termasuk sekolah khas, sekolah swasta atau calon-calon persendirian; dan
  6. Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.
Syarat Khusus
Mendapat keputusan sekurang-kurangnya kurangnya 9A+ dan minimum gred A bagi mata pelajaran lain (sekiranya ada) dalam peperiksaan SPM dengan mendapat gred A+ bagi mata pelajaran berikut:
  1. Bahasa Melayu;
  2. Sejarah;
  3. Bahasa Inggeris;
  4. Matematik;
  5. Matematik Tambahan;
  6. Fizik;
  7. Kimia; dan
  8. Dua (2) mata pelajaran lain.

Program Persediaan

Pelajar-pelajar yang ditawarkan penajaan di bawah program ini akan mengikuti kursus persediaan di Kolej Yayasan UEM (KYUEM) selama 24 bulan.

Mekanisme Perjanjian Pinjaman

Calon-calon yang berjaya ditawarkan penajaan di bawah program ini dan bersetuju untuk ditaja oleh JPA adalah tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut:
  1. Pinjaman akan ditukar kepada biasiswa dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam; atau
  2. Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat berkaitan Kerajaan (GLC); atau
  3. Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara; atau
  4. Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.

Cara Memohon Biasiswa JPA Program Penajaan Nasional 2019

Pelajar yang berminat perlu mengisi profiling secara atas talian (online) di http://esilav2.jpa.gov.my yang dibuka khusus kepada calon terlibat sahaja. Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3297 mulai 11 Mac 2019 hingga 21 Mac 2019 (hari bekerja) dari jam 9:00 pagi hingga jam 4:30 petang atau kemukakan maklum balas melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di http://jpa.spab.gov.my/eApps/system/index.do
Liked this post? Subscribe now to read more post like this one!

0 comments:

Post a Comment

Malaysia Students Blog is a team blog on Malaysian major examinations, secondary, pre-university & tertiary education, scholarship Malaysia, student resources, students' thoughts and everything relating to students & undergraduates at schools, colleges & universities in Malaysia - Student Education Malaysia

Comment Policy: Comments posted at Malaysia Students blog should be on-topic, constructive and add value to the discussion. Comments that are off-topic, one-sentence, abusive or offensive will be removed. Please use proper English with correct spelling and grammar in your comment. For general questions, please post them at SPM Student Malaysia. For enquiries, please email the administrator of this blog: Student at Malaysia-Students dot com.

Join over 50,000 people who get FREE latest scholarship updates via email!

Free Scholarship Updates:   

More scholarships available at Malaysia Scholarship Information Centre

Do Not Miss Any Job Offers! Get Student Part Time Jobs via Email!