Tak kenal maka tak cinta. Jom Kenali Universiti Awam (UA) Malaysia.
UIAM - UiTM - UKM - UM - UMK - UMP - UMS - UMT - UniMAP - UNIMAS - UniSZA - UPM - UPNM - UPSI - USIM - USM - UTeM - UTHM - UTM - UUM

Saturday, March 16, 2019

Biasiswa JPA Scholarships: Japan, Korea, France & German

Biasiswa JPA Program Penajaan Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman Tahun 2019

Tarikh Tutup Permohonan Biasiswa JPA

Permohonan online bagi Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman Tahun 2019 mula dibuka pada 11 hingga 20 Mac 2019 mulai jam 2.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

PERMOHONAN PROGRAM KHAS JEPUN, KOREA, PERANCIS DAN JERMAN TAHUN 2019

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2018 bagi kali pertama untuk mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) Tahun 2019.

Program penajaan ini dibuka kepada semua pelajar lepasan SPM tahun 2018 yang berminat dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi (S&T) dan sains sosial di negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman.

Pelajar akan ditaja untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat diploma atau ijazah pertama di negara-negara berkenaan.

Struktur Pengajian Program Khas JKPJ

Struktur pengajian bagi Program Khas JKPJ adalah seperti berikut:

Program/Tempat Persediaan Ijazah
Kolej Kursus Tempoh
Kejuruteraan Teknikal Jepun International Education Centre (INTEC) Persediaan Teknikal Jepun 24 bulan Dip: 3 tahun
I.P: 2 tahun
Khas Korea
  1. International Education Centre (INTEC)
  2. Pusat Pengajian Bahasa di Korea
Persediaan dan Sijil Bahasa
  1. 9 bulan
  2. 12 bulan
CGPA 3.75 Ke Atas –
I.P: 4 tahun
CGPA 3.74 Ke Bawah
Dip: 2 tahun
I.P: 2 tahun
Khas Perancis International Education Centre (INTEC) Persediaan 15 Bulan Diploma d’ingenieur: 5 tahun
Malaysia France Institute (MFI) 22 bulan DUT: 2 tahun
IP: 3 tahun
Khas Jerman International Education Centre (INTEC) A-Level 22 bulan Bch: 3 tahun
Ma: 2 tahun
Sunway College AUSMAT 15 bulan Bch: 3 tahun
Ma: 2 tahun
German Malaysian Institute (GMI) A-Level 22 bulan Bch: 3 tahun
Ma: 2 tahun
Nota:
Dip: Diploma
I.P: Ijazah Pertama
Bch: Bachelor
Ma: Master
DUT: Diplom Universitaire de Technologies

Syarat – Syarat Permohonan Biasiswa JPA

Calon-calon yang berminat mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:

Syarat-Syarat Umum Biasiswa JPA

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Mempunyai kesihatan yang baik;
  3. Menduduki peperiksaan SPM buat pertama kali pada tahun 2018;
  4. Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada tahun peperiksaan SPM diduduki;
  5. Tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA; dan
  6. Tidak menerima bantuan kewangan/ tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama.

Syarat Khusus

Perincian bagi syarat khusus mengikut bidang yang ditetapkan adalah seperti berikut:
  1. Bidang Kejuruteraan
    • Negara Pengajian: Jepun / Kolej Persediaan: INTEC
      • Mendapat sekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
        • Bahasa Melayu;
        • Matematik;
        • Matematik Tambahan;
        • Fizik; dan
        • Kimia.
      • Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
        • Bahasa Inggeris; dan
        • Sejarah;
    • Negara Pengajian: Korea / Kolej Persediaan: INTEC
      • Mendapat sekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
        • Bahasa Melayu;
        • Matematik;
        • Matematik Tambahan;
        • Fizik; dan
        • Kimia.
      • Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
        • Bahasa Inggeris; dan
        • Sejarah;
    • Negara Pengajian: Perancis / Kolej Persediaan: INTEC/MFI
      • Mendapat sekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
        • Bahasa Melayu;
        • Matematik;
        • Matematik Tambahan;
        • Fizik; dan
        • Kimia.
      • Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
        • Bahasa Inggeris; dan
        • Sejarah;
    • Negara Pengajian: Jerman / Kolej Persediaan: INTEC/SUNWAY COLLEGE/GMI
      • Mendapat sekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
        • Bahasa Melayu;
        • Matematik;
        • Matematik Tambahan;
        • Fizik; dan
        • Kimia.
      • Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
        • Bahasa Inggeris; dan
        • Sejarah;
  2. Bidang Sains dan Teknologi
    • Negara Pengajian: Korea / Kolej Persediaan: INTEC
      • Mendapat sekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
        • Bahasa Melayu;
        • Matematik;
        • Matematik Tambahan;
        • Fizik; dan
        • Kimia.
      • Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
        • Bahasa Inggeris; dan
        • Sejarah;
    • Negara Pengajian: Jerman / Kolej Persediaan: INTEC
      • Mendapat sekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
        • Bahasa Melayu;
        • Matematik;
        • Matematik Tambahan;
        • Fizik; dan
        • Kimia.
      • Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
        • Bahasa Inggeris; dan
        • Sejarah;
  3.     Bidang Sains Sosial
    • Negara Pengajian: Perancis / Kolej Persediaan: MFI
      • Mendapat sekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
        • Bahasa Melayu;
        • Matematik;
        • Matematik Tambahan; dan
        • Dua (2) mata pelajaran yang lain.
      • Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam dua (2) mata pelajaran berikut:
        • Bahasa Inggeris; dan
        • Sejarah;

Mekanisme Perjanjian Pinjaman

Calon-calon yang berjaya ditawarkan penajaan di bawah program ini dan bersetuju untuk ditaja oleh JPA adalah tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut:

  • Pinjaman akan ditukar kepada biasiswa dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam; atau
  • Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat berkaitan Kerajaan (GLC); atau
  • Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara; atau
  • Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.

Cara Memohon Biasiswa JPA

Permohonan dibuka secara atas talian (online) di http://esilav2.jpa.gov.my/ selama sepuluh (10) hari mulai 11 Mac 2019 sehingga 20 Mac 2019. Calon boleh merujuk Frequently Ask Question (FAQ) yang dimuat naik di Portal JPA bagi maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan.

Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini/ meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program JKPJ Tahun 2019 sebagai bukti permohonan telah dibuat.Tawaran penajaan ini akan disiarkan melalui laman web JPA di http://www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my/

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3297 mulai 11 Mac 2019 hingga 20 Mac 2019 (hari bekerja) dari jam 9:00 pagi hingga jam 4:30 petang atau kemukakan maklum balas melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di http://jpa.spab.gov.my/eApps/system/index.do.

Keputusan Permohonan

Keputusan permohonan penajaan Program Khas JKPJ ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang http://www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my/ selewat-lewatnya pada 10 Mei 2019 (Jumaat) jam 5.00 petang.
Liked this post? Subscribe now to read more post like this one!

0 comments:

Post a Comment

Malaysia Students Blog is a team blog on Malaysian major examinations, secondary, pre-university & tertiary education, scholarship Malaysia, student resources, students' thoughts and everything relating to students & undergraduates at schools, colleges & universities in Malaysia - Student Education Malaysia

Comment Policy: Comments posted at Malaysia Students blog should be on-topic, constructive and add value to the discussion. Comments that are off-topic, one-sentence, abusive or offensive will be removed. Please use proper English with correct spelling and grammar in your comment. For general questions, please post them at SPM Student Malaysia. For enquiries, please email the administrator of this blog: Student at Malaysia-Students dot com.

Join over 50,000 people who get FREE latest scholarship updates via email!

Free Scholarship Updates:   

More scholarships available at Malaysia Scholarship Information Centre

Do Not Miss Any Job Offers! Get Student Part Time Jobs via Email!