Tak kenal maka tak cinta. Jom Kenali Universiti Awam (UA) Malaysia.
UIAM - UiTM - UKM - UM - UMK - UMP - UMS - UMT - UniMAP - UNIMAS - UniSZA - UPM - UPNM - UPSI - USIM - USM - UTeM - UTHM - UTM - UUM

Sunday, February 24, 2013

Panduan Kerja Projek / Kerja Kursus Pengajian Am, Bahasa Melayu, Kesusasteraan Melayu, Syariah & Sejarah STPM 2013 (Manual Guru & Kertas Soalan)

Masukkan emel anda ke dalam form di bawah untuk mendapat Contoh Jawapan Kerja Projek / Kerja Kursus Pengajian Am, Bahasa Melayu, Kesusasteraan Melayu, Syariah & Sejarah STPM 2013.

Enter your email address to the form above to join 13,000+ students in Malaysia who get all the latest STPM 2013 tips and trial papers from different states in Malaysia, tips on pre-university education and education news via email. Get STPM 2013 forecast questions (soalan ramalan STPM ), STPM past year question papers (kertas soalan tahun lepas STPM ) and STPM notes (nota STPM )! Join our email subscription list now!

Tajuk Kerja Kursus (Kerja Projek) Pengajian Am STPM 2013 900/4 Kertas 4

Arahan kepada calon:
Kerja kursus (kerja projek) ini wajib dilaksanakan oleh calon STPM, iaitu calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah swasta, dan calon persendirian individu sebagai sebahagian komponen penilaian penggal 2.

Kerja kursus (kerja projek) ini mengandungi dua tema. Calon dikehendaki memilih satu tema bagi menghasilkan satu kerja kursus (kerja projek). Calon mesti menyerahkan kerja kursus (kerja projek) tersebut kepada guru/pemeriksa untuk dinilai.

Calon juga mesti melaksanakan semua aspek berkaitan dengan kerja kursus (kerja projek) seperti yang ditetapkan dalam Manual Pelajar.

Pilih satu daripada tema di bawah ini dan sediakan kerja kursus (kerja projek) yang panjangnya tidak melebihi 5000 patah perkataan.

Tema 1: Ekonomi: Perniagaan

Tema 2: Prasarana: Pengangkutan

Markah penuh bagi kerja kursus (kerja projek) ini ialah 55 markah. Calon STPM mendapatkan sumber rujukan kerja kursus daripada guru.

Panduan Kerja Kursus Projek Pengajian Am STPM 2013

Manual PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah): Kertas Soalan dan Manual Kerja Kursus STPM Pengajian Am

Majlis Peperiksaan Malaysia: Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus Pengajian Am STPM Kertas 4 (900/4) Penggal 2 Tahun 2013 Manual Guru (Untuk Guru Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan dan untuk Pemeriksa Calon Sekolah Swasta dan Calon Persendirian Individu)

Contoh Carta Alir: Proses Penghasilan Kerja Kursus (Kerja Projek) Pengajian Am STPM 2013

Kerja Projek Contoh Kerja Kursus Pengajian AM STPM: Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Remaja Terlibat Dalam Masalah Sosial Di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka

Panduan Kerja Kursus Bahasa Melayu (Penulisan Esei Berformat) STPM 2013 910/4 Kertas 4

Manual PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah): Manual Calon, Format Esei dan Kertas Soalan Tulis semua esei berdasarkan tajuk-tajuk di bawah. Bagi tajuk esei 1 hingga 7, panjang esei hendaklah antara 600 hingga 650 patah perkataan. Bagi tajuk esei 8, panjang esei hendaklah tidak kurang daripada 250 patah perkataan. [25]
  1. Sebagai setiausaha sebuah persatuan pengguna, anda diminta menyediakan laporan tentang kesan lambakan barangan tiruan di negara ini. Anda juga diminta untuk mengemukakan langkah bagi mengawalnya. Sediakan laporan itu.
  2. Sebagai seorang pegawai kanan di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, anda dijemput untuk menyampaikan syarahan tentang strategi untuk memajukan sektor pertanian dan industri asas tani supaya sektor ini menjadi sektor yang moden dan berdaya saing. Tulis teks syarahan itu.
  3. Media massa sering memaparkan kehidupan segelintir warga emas yang malang dan tidak terbela. Sebagai pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat, anda dijemput untuk menyampaikan ceramah kepada golongan belia tentang langkah-langkah yang wajar dilaksanakan untuk membela nasib golongan ini. Tulis teks ceramah itu.
  4. Sebagai seorang pakar diet di sebuah hospital kerajaan, anda diminta untuk memberikan ucapan tentang kebaikan amalan pemakanan yang seimbang terhadap kanak-kanak kepada sekumpulan ibu muda bersempena dengan sambutan Bulan Kesihatan peringkat daerah. Dalam ucapan itu, anda juga memberikan panduan pemakanan yang seimbang untuk menjamin kesihatan kanak-kanak. Tulis teks ucapan itu.
  5. Industri pelancongan boleh menjadi wahana untuk memperkenalkan budaya masyarakat tempatan kepada masyarakat luar negara. Sebagai pengerusi sebuah persatuan budaya yang berpengaruh, anda diminta untuk menghantar memorandum kepada Menteri Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan. Dalam memorandum tersebut, anda menyatakan kekesalan tentang kurangnya promosi untuk memperkenalkan budaya masyarakat kita kepada masyarakat luar dan mengemukakan usul untuk meningkatkan usaha tersebut. Tulis memorandum tersebut.
  6. Persatuan Sains sekolah anda telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan program Minggu Sains peringkat sekolah. Sebagai setiausaha persatuan itu, anda ditugaskan untuk mencatatkan minit mesyuarat yang membincangkan perancangan dan pelaksanaan program Minggu Sains pada tahun ini. Tulis minit mesyuarat tersebut.
  7. Organisasi tempat anda bekerja bercadang untuk mengadakan Hari Derma Darah sebagai salah satu aktiviti sosial tahunan. Sebagai pegawai perhubungan awam, anda dikehendaki menyediakan kertas cadangan untuk mengadakan aktiviti tersebut bagi mendapatkan kelulusan pihak atasan. Sediakan kertas cadangan itu.
  8. Sebagai seorang aktivis masyarakat, anda ingin membuat aduan mengenai anjing liar yang berkeliaran di kawasan tempat tinggal anda. Tulis sepucuk surat kepada pihak berkuasa tempatan untuk membuat aduan tentang masalah berkenaan.

Panduan Kerja Kursus Sejarah (Esei Ilmiah) STPM 2013 940/4 Kertas 4 Penggal 2

Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah (Manual PBS): Kertas Soalan Kerja Kursus (Esei Ilmiah) Sejarah STPM 2013, Manual Calon Sekolah Kerajaan, Calon Sekolah Swasta dan Calon Persendirian Individu

Tajuk Soalan: Sediakan sebuah esei ilmiah yang panjangnya antara 2500 hingga 3000 patah perkataan berdasarkan satu daripada tema di bawah ini.

Tema 1: Sejarah tempat

Tema 2: Sejarah ekonomi

Tema 3: Sejarah seni dan kebudayaan

Tema 4: Sejarah perubatan dan kesihatan

Calon dikehendaki memilih satu tajuk berdasarkan empat tema yang ditentukan pada tahun berkenaan oleh pihak Majlis Peperiksaan Malaysia. Tema-tema tersebut terdiri daripada senarai di bawah:
Sejarah ekonomi, Sejarah kehakiman dan perundangan, Sejarah ketenteraan, Sejarah kulinari dan makanan, Sejarah kumpulan etnik/kaum/klan/suku kaum, Sejarah pendidikan, Sejarah perubatan dan kesihatan, Sejarah politik, Sejarah sains dan teknologi, Sejarah seni dan kebudayaan, Sejarah sukan, Sejarah tempat, Sejarah tokoh

Contoh tema dan tajuk esei ilmiah
(a) Tema sejarah sukan: “Sejarah perkembangan Persatuan Bola Sepak Selangor dari tahun 1970 hingga tahun 1985”

(b) Tema sejarah seni dan kebudayaan: “Sejarah perkembangan tarian zapin di daerah Batu Pahat dari tahun 1970 hingga tahun 1980”

(c) Tema sejarah kulinari dan makanan: “Asal-usul lemang: Suatu tinjauan lisan penduduk Kampung Chengkau, Rembau Negeri Sembilan”

(d) Tema sejarah pendidikan: “Sekolah Agama Menengah Sungai Merab Luar, Sepang: Sejarah penubuhan dan sumbangannya kepada masyarakat setempat dari tahun 1990 hingga tahun 2005”

Kerja Kursus (Kerja Projek) Kesusasteraan Melayu Komunikatif STPM 2013 922/4 Kertas 4

Manual PBS: Kertas Soalan Kerja Kursus (Kerja Projek) Kesusasteraan Melayu Komunikatif STPM 2013 dan Manual Pelajar.
  1. Tulis sebuah esei tentang perpaduan berdasarkan cerpen-cerpen pilihan anda.
  2. Kemukakan satu portfolio seorang tokoh yang memiliki peribadi seperti watak Maulana Abu Bakar dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu).
  3. Hasilkan satu persembahan multimedia berdasarkan episod “Singapura Dilanggar Todak” dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu).

Kerja Kursus (Kerja Projek) Syariah STPM 2013 930/4 Kertas 4

Manual PBS: Kertas Soalan Kerja Kursus (Kerja Projek) Syariah STPM 2013 dan Manual Pelajar.

Tema 1 – Riba: Analisis konsep riba, riba hutang, riba jual beli menurut pandangan fuqaha; Kajian di bank konvensional konsep riba hutang dan amalannya dalam pinjaman yang dikenakan faedah, pinjaman peribadi dan pinjaman perumahan.

Tema 2 – Perkahwinan: Punca, faktor dan kesan kepada masyarakat perkahwinan tanpa kebenaran mahkamah; Satu kajian persepsi konsep poligami dalam kalangan wanita, lelaki, wanita bekerja dan suri rumah.

Tema 3 – Hudud: Konsep jenayah mencuri menurut perspektif undang-undang jenayah Islam dan Kanun Keseksaan Malaysia, Analisis kes jenayah mencuri di ... (di tempat pilihan anda): Penilaian dan penyelesaiannya menurut undang-undang jenayah Islam, Analisis perbandingan antara konsep hukuman jenayah mencuri dengan hirabah menurut pandangan fuqaha, Konsep jenayah hirabah menurut perspektif undang-undang jenayah Islam dan Kanun Keseksaan Malaysia, Analisis kes jenayah ragut di ... (di tempat pilihan anda): Penilaian dan penyelesaiannya menurut undang-undang jenayah Islam, Analisis kedudukan jenayah ragut menurut perspektif undang-undang jenayah Islam.
Liked this post? Subscribe now to read more post like this one!
Comments
4 Comments

4 comments:

Malaysia Students Blog is a team blog on Malaysian major examinations, secondary, pre-university & tertiary education, scholarship Malaysia, student resources, students' thoughts and everything relating to students & undergraduates at schools, colleges & universities in Malaysia - Student Education Malaysia

Comment Policy: Comments posted at Malaysia Students blog should be on-topic, constructive and add value to the discussion. Comments that are off-topic, one-sentence, abusive or offensive will be removed. Please use proper English with correct spelling and grammar in your comment. For general questions, please post them at SPM Student Malaysia. For enquiries, please email the administrator of this blog: Student at Malaysia-Students dot com.

Join over 50,000 people who get FREE latest scholarship updates via email!

Free Scholarship Updates:   

More scholarships available at Malaysia Scholarship Information Centre

Do Not Miss Any Job Offers! Get Student Part Time Jobs via Email!